


Hari Jumaat lepas my wife balik dari Suai dan berkesempatan untuk membeli beberapa ekor udang galah yang dijual penduduk ke sekolah mereka di SK Rh Goyang. My wife beli sekilo udang tu, di Batang Suai nya endang sigi maioh undang diak, nanya ke tulang aja ka nurun ngiga, tetapi jika turun ke sungai itu haruslah pakar dan berjaga kerana ada "penghuni" lain juga ada turut berburu udang ke situ, nemu kitai kan di sungai Suai endang maioh Jagu. Udang ini memang popular di Pekan Batu Niah dan Bekenu sebagai sajian pilihan di restoran-restoran disana hasil tangkapan penduduk setempat yang dijual kepada pengusaha restoran di pekan tersebut. Biasanya udang galah ini dijual dengan harga RM27 sekilogram. Harganya mahal kerana cara mendapatkannya adalah bukannya mudah, dengan menggunakan bubu ataupun jaring dan pukat yang mengharungi lubuk dan ke kawasan sungai yang tertentu sahaja. Menurut penangkap udang ini, disana banyak udang, dan disitu jugalah terdapat buaya yang juga turut memburu udang ini, jadi risikonya kita tahu bagaimana, hanya mereka yang pakar dan biasa sahaja senang dan tidak menjadi masalah bagi mereka menangkap udang disana. Jika anda hendak membeli udang galah ini, anda boleh pergi ke suai untuk berjumpa penduduk kampung disana untuk mendapatkannya. ataupun beli sahaja di pekan Bekenu ataupun di Pekan Batu Niah.
0 comments:
Post a Comment