
Hari Khamis lepas 19.03.09 kami peserta Kursus Asas Sosial mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak di padang STB Sg Besi dengan Pasukan JKM Wilayah. Perlawanan berjalan dengan sengit sekali. Pasukan kami mendahului 1-0 pada minit yang ke 25 dengan gol yang dijaringkan oleh Shahril dari kumpulan MAKUSHAKASITAD, gol penyamaan oleh pasukan lawan 7 minit selepas itu menjadikan kedudukan seri 1-1, sebelum berakhir perlawanan kami mendahului sekali lagi dengan gol sendiri pihak lawan hasil dari bola lintangan Shahril yang mencari Asrin lalu terkena oleh pemain pihak lawan yang di kenali dengan nama Joko menjadikan kedudukan 2-1. Dengan keadaan tertekan untuk memenangi perlawanan tersebut Pasukan Wilayah banyak beraksi dengan aksi yang agak keras sehinga menyebabkan lastman kami yang juga ahli kumpulan MAKUSHAKASHITAD iaitu Kalis telah di bentes dengan kasar sehingga menyebabkan beliau terpaksa di usung keluar padang dan terus dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dalam keadaan yang tidak berapa sedarkan diri. perlawanan terpaksa dihentikan dengan serta merta. Walaubagaimanapun pasukan kami dikira sebagai pemenang.
0 comments:
Post a Comment