CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Sunday, March 8, 2009

Pekan Serendah

Pekan Serendah di Daerah Kuala Kubu Hulu Selangor.

Jeram di tingkat atas air terjun Templer Kai.

Salah satu kolam air terjun di tingkat atas air terjun.

Berehat setelah penat berenang.

Pada hujung minggu ramai pengunjung datang untuk berkelah di Air Terjun Templer Kai ini. Sebelum masuk ke tempat ini anda akan melalui kampung Orang Asli yang ada disitu.

Ini adalah Pekan Serendah yang menjadi salah satu tempat pilihan yang kami kunjungi setiap tengahari untuk gi lunch...kedudukan pekan ini adalah di daerah Kuala Kubu Baru walaupun ia lebih dekat dengan Bandar Rawang, tetapi pekan ini adalah berada di sempadan Kuala Kubu dan rawang dan ianya dibawah tadbir Kuala Kubu. Tidak banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi kecuali di Templer Khai yang terdapat air terjun untuk aktiviti mandi manda dan bersantai di hujung minggu.

Untuk ke air terjun Templer Kai adalah menggunakan Jalan Ipoh Lama menuju ke Kuala Kubu, Simpang masuk ke Air Terjun ini adalah 1 km dari Pekan Serendah dan masuk ke simpang mengambil masa tidak sampai 10 minit menggunakan kereta dan melalui kampung Orang Asli sebelum sampai ke Air Terjun tersebut.

0 comments: