CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, July 14, 2009

Photo By VITO

Salam, ini adalah Photo yang di "FREZEE" kan oleh kawan aku yg cilik yang sangat berminat berphotografi, dari kecik lagi aku libatkan dia mengenai photografi. Sengaja aku poskan kat sini, kerana VITO ini adalah baru tingkatan 2 dan dia mempunyai bakat dalam fotografi. Dia ada potensi menjadi Photografer Profesional suatu hari nanti.

Wednesday, June 10, 2009

i wanna see my baby huuh...

Halo gemoning, setelah menghitung hari yang cukup lama buat ku yang sangat teruja nak memangku baby ku, aku pun bertindak seribu daya untuk balik lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan dan tarikh yang tertera di dalam tiket ku. Tiket yang kami dapat tu adalah "tiket percuma" ataupun waran yang diberikan Jabatan kami, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Memang satu kelebihan jika Sabahan, Sarawakian yang bekerja di Semenanjung akan dibiayai oleh jabatan masing-masing untuk mendapat waran ini setahun sekali iaitu tiket return yang dituntut dari Malaysian Airline System (MAS). Waran tersebut juga akan merangkumi seluruh keluarga yang ada bersama penerima waran tersebut jika keluarga penerima waran ada bersama-sama di Semenanjung, tidak mengira berapa orangpun. Tapi saya sorang jer. So, tiket saya sebelum ni adalah 20 Jun untuk balik ke Miri, ianya sangat lama untuk ditunggu, tak senang duduk, lagipun saya automatically cuti setelah baby saya dilahirkan, dan cuti tidak dapat dibawa ke belakang, kalau tidak, cuti saya akan burn, so sia-sia la saya cuti kalau tidak balik kan. Saya cuba menghubungi ibu pejabat JKM Negeri Selangor, namun bgitu CC dan Org yg menguruskan tiket tersebut cuti plak....so tunggu plak esok..keesokan hari nya aku kol lagi ke ibupejabat, mereka plak meeting seharian....So, baru saya ingat saya belum.....and I PRAY....then..aku dapat panggilan dari kawan aku dari Melaka, Nirwan, dia cadangkan aku utk kol MAS utk menukar tiket tu, so 1.13pm aku kol lah setelah lama mencari nombor tel MAS di internet. Dengan tidak disangka-disangka aku aku menelefon mereka tepat pada waktunya kerana 24 jam sebelum berangkat adalah syaratnya untuk menukar tiket, pada 8 mlm...penuh...5pm...penuh...3pm...penuh...1.15pm.....ada kosong...ha..."Nasib baik awak kol sebelum 1.15pm, kerana 24 jam, ngam-ngam 1.15 ada kosong, kalau tak esok lagi baru ada kosong" kata org tu. Praise The Lord! saya dapat satu tempat kosong pukul 1.15pm hari ni...so hari ni saya landing di Miri see my Lovely Baby n Wife. Pray for my perjalanan. GBU all.

Tuesday, June 9, 2009

Testing-testing

Ada lagi gambar di mcmrindspix.blogspot.com

Semalam adalah hari pertama aku mengeksploitasikan D60 aku, hari pertama terus ada outing/picnic kat Air Terjun Kalompang di Kalompang Resort di Hulu Selangor. Gambar kurang menarik, koz masih study lagi pakai DSLR. Banyak gambar yang diambil tetapi kesemuanya melibatkan kanak-kanak di bawah akta dan gambar mereka tidak dibenarkan di publishkan dimana-mana media, kebanyakan shoot menarik juga tetapi sayang tdk banyak yang dikongsikan.

Monday, June 8, 2009

09.06.09 adalah tarikh berkat buatku dan isteri..

Praise the Lord! itu sahajalah yang mampu terjerit dan terungkap di hatiku, hari yang sangat dinantikan dan sangat mendebarkan bagi seorang suami kerana akan menjadi seorang AYAH!. Dan itulah yang saya alami pada awal pagi ini. Sembilan bulan penantian yang mendebarkan dan begitu membuatkan aku dan mama sangat teruja menanti kehadirannya yang telah tiba saatnya pada pukul 03.00am tanggal 09.06.09. Malam semalam telah menunjukkan tanda-tanda awal kelahiran telah tiba, dan mama pun telah dikejarkan hospital Miri oleh kakak dan mak mertuaku. Puji Tuhan kerana mama melahirkan baby secara normal dan tiada banyak karenah, semua kerana AnugerahNya. Tahniah buat diriku dan mama kerana kami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dengan sempurna dan cute boy dengan beratnya 2.4 kg. Tapi sayang sekali saya tidak berada berdekatan dengan mama saat mama melahirkan baby.....saya salah haribulan untuk balik ke Sarawak. Emmm....Gambar baby???? Nantikanlah posting seterusnya gambar HERO kami yang cute hehehe...

Finally...saya pilih D60

Setelah menimbangkan pendapat kekawan yang berpengalaman dan otai2 semua mengenai apa yang patut aku pilih sama ada Nikon D90 dan D60, jadi aku memilih D60 untuk menjadi milikku. Memang tidak disangkal bahawa D5000 dan D90 adalah sangat lebih baik, namun aku nekad untuk memilih D60, bukan kerana kelebihannya, tetapi kerana pendiriannya yang lebih murah drp D5000 dan D90. So, sebagai beginner macam aku ni sesuai la D60 untuk aku, bukan nak ambik gambar orang kawin pon...nak suka2 jer, memang hobi aku dari dulu. dulu aku pakai F60, Nikon Film huuhu...pas tu sblm ni aku pakai Canon Ixus 70, yang kompak dan kualiti gambarnya memang chantek walaupun kecil, so now, Canon Ixus aku tetap menjadi kamera poket aku. Sebelum ni memang aku menginginkan DSLR, keinginan aku memang nak angkat D80,tetapi tiada di pasaran lagi, so dapat miliki D60 ni pun aku cukup bersyukurlah....ok, aku nak study ngan D60 aku jap ni..tq kekawan yg bg pendapat dan cadangan k.

Thursday, June 4, 2009

Alien sudah lama di bumi ni

Selalunya saintis dan pengkaji sangat rajin untuk mencari dan menyelidiki kehidupan makhluk asing di dunia luar atau di angkasa lepas, Tetapi Alien ni telah lama menduduki dunia iaitu selama manusia menduduki bumi ini. Ianya berada di sebelah kita, dihalaman rumah kita, di bawah telapak kaki kita, di taman bunga kita dan di kebun sayur kita, disitulah mereka. Mereka sangat kecil dan kadangkala menggelikan dengan bentuk dan wajahnya yang pelbagai rupa dan warna. Berjuta spiesis jika dikaji, kecil sahaja, beberapa sentimeter sahaja.....hahaha...itulah alien.


















Tuesday, June 2, 2009

Jerebu di Hulu Selangor

Asap daripada pembakaran terbuka di Serendah Selangor
Pemandangan yg biasanya indah dari sini (dri Rawang ke Sg Choh menuju Serendah) yg dapat melihat Genting Higland semalam dipenuhi jerebu.
Pemandangan dari tingkap saya yang jerebu, sekali pandang ianya umpama embun menyeliputi gunung kerana biasanya memang seperti itu.
Pemandangan daripada asrama kanak-kanak, jerebu menyeliputi sinaran matahari.


Pada 2 hari yang lepas, jerebu menyeliputi Daerah Hulu Selangor termasuk sekali daerah Gombak. Jerebu dipercayai daripada banyak pembakaran terbuka yang dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab. Jerebu tersebut sangat mengganggu pemandangan dan mencemari udara dengan bebrbau asap sehingga ke malam. Diharap pihak yang bertanggungjawab dapat memantau dan mengambil tindakan.

Thursday, May 28, 2009

Selamat Hari Gawai Semua ngagai semua bala kaban

Meri Selamat ngintu Ari Gawai mega ngagai bala kaban bloggers ti bisi nemuai kitu, Selamat Hari Gawai ngagai kita gayu guru gerai nyamai lantang senang nguan menoa, ngambi ke pengidup kita selalu diberkat belimpah ruah serta ngambi ke mujor belama dalam semua pengawa. Anang kelalu balat ngirup ngagai bala ti ngirup, lalu ti enda kala ngirup enda ibuh nguji meh, nulong manggang manok enggau jani aja meh, enggai ke mabuk magang nadai org manggang enggau mandok pulut. ok Selamat Ngintu Gawai....

Wednesday, May 27, 2009

Baazar Larut Malam Danau Kota Setapak KL

Malam tadi kami pegi jejalan ke Bazaar Larut Malam di Danau Kota Setapak, biasala dah dpt gaji, so kmi plan pg dan bertolak pkul 11pm. Pasar ni dibuka pd pukul 10pm sampai pagi. So sempat jgak beli seluar Paul Smith 2 pasang, seluar aku banyak dah mengecil la saiz dia...haha dah membesar la tu, sempat jgak beli kasut adidas made in tempatan huhu...nak beli yg ori? mahal tu...

Inilah kedai tempat aku beli perfume mlm tadi, ala..biasa la perfume tak mahal, kawan2 n uncle pesan suruh beli nak bawa balik Miri nanti. Tapi wangi jgak bau tu, aku beli 3 botol jer, dah beli banyak...jadi mahal la kan..

Sunday, May 24, 2009

My Cute Aquarium

Bukan hanya ikan sahaja, tapi siput pun ada meghuni akuarium saya ni, yang ni gambar siput sedang mengawan...tak lama lagi penuh la akuarium aku ni oleh siput hehe..


Inilah ikan kesayanagan aku yang comel yang mendiami akuarium aku yang comel....Cantik tak? setiap kali nampak aku masuk, mereka datang kpd aku dan ternganga-nganga mulut minta makan hehe...manjer la dorang ni..

Thursday, May 21, 2009

Perbezaan harga barangan di Semenanjung dan Sabah dikaji

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang membuat kajian serta mencari jalan penyelesaian berhubung perbezaan harga barangan antara Semenanjung dan Sabah, melalui perbincangan dengan kementerian berkaitan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kos pengangkutan adalah antara punca masalah itu dan beliau telah mengarahkan pegawai kementerian mengkaji perbezaan harga barangan di Sabah berbanding di Semenanjung.

"Kita akan menyenaraikan barang-barang dan kaji punca, buat cadangan ke kementerian berkenaan dan bawa untuk dibincang di Kabinet. Lepas itu lihat reaksi dari kementerian lain," katanya apabila ditanya sama ada perbincangan ada dibuat antara kementeriannya dan Kementerian Pengangkutan.

Ismail Sabri ditemui pemberita selepas merasmikan Koperasi Bela Rakyat peringkat Sabah di sini, hari ini.


Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan memperluaskan senarai barang bagi tujuan penyelarasan harga supaya tidak tertakluk kepada barangan kawalan sahaja.


P/S: Saya sangat berharap isu ini di selesaikan dengan kebijaksanaan tuan-tuan yang bertanggungjawab, agar dapat sama-sama menikmati pembangunan negara dengan sama-rata. Malah bukan itu sahaja, saya juga berharap agar di Sarawak dan Sabah juga menikmati kemudahan infrastruktur yang sama seperti di Semenanjung. Ini kerana jika tidak kerana Sabah dan Sarawak, Kerajaan Pusat mungkin jatuh ke tangan Kerajaan Pembangkang.

Cetak artikel | Hantar pada kaw

Wednesday, May 20, 2009

Mamee mee segera Kari Berapi..


Aku memang salah seorang penggemar mee segera, dah banyak me dah aku test, mee goreng,me sup, me kari dan banyak jenis lagi....biasa la kan time kering2 cam ni, me segera juga menjadi pujaan hati ku. tengahari tadi aku pekena mee Mamee Kari Berapi....Aku selalu dengar iklan mee ni kat Hot FM...."Mee Mamee kari Berapi, jika anda makan sediakah anda, minum air sejuk banyak....dan buka peti sejuk anda...serta mengunyah ais batu...kruupppkreuuppp....dan berpeluh...sediakah anda? tapi jgn risau, anda boleh ulangi langkah ini setiap kali anda pekena me mamee kari berapi!".....hek eleh....mana ada pedas beb...iklan jer lebih...aku makan mcam biase jer..tak pedas maner pon...lagi pedas maggie....magie pedas meletop tu lagi pedas lah kalau banding ngan mee ni....tapi sedap la mee mamee, tu yg aku beli ni.....tapi kan....kebanyakan mee segera kat Malaysia ni, setelah aku kaji dan makan dari sejak aku kecil lagi....mee Maggie 2 minute juga yang sedap berbanding semua mee kat Malysia ni mee yg pertama kali aku kenal dr kecil lagi, sehinggakan mee lain pun "terpanggil" maggie juga,paduhal mee lain.....t Maggie, tiada bandingnya....Slurrrppp......korang cam ner???.......

Monday, May 18, 2009

DSLR Nikon yg mana sesuai utk aku?


Halo, ni saya nak tanya otai-otai ataupun kekawan yg terer bab-bab photography dan DSLR ni, diantara DSLR yg 3 biji di atas, yg manakah sangat sesuai untuk saya yg beginner ni, just utk hobi jer la.. tapi aku tahu bahawa D80 ada mahal sikit ler kerana miliki lens Zoom-Nikkor 18-135mm berbanding dgn D60 AF-S DX Nikkor 18-55mm f/3.5-5.6G VR) RSP dan D40x yang AF-S DX Zoom-Nikkor 18-55mm f/3.5-5.6G ED II).... So, tolong lah infom saya k...saya nak angkat satu lah ni... Sumbangan pendapat anda sangat dihargai, terima kasih.



p/s: kalau anda tau ada kedai murah tolonglah infom k, atau anda nak lelong dslr anda tu jual kat aku hehe...

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Kelas 5A 1998 SMK Bakong Miri.

"Slaamat Peetang Cikguuu", begitulah dengungan suara satu kelas apabila cikgu masuk ke kelas untuk mengadakan kelas tambahan dan bimbingan pada waktu petang bagi kami di SMK Bakong dulu.Suara itu memang tidak pernah berlalu begitu sahaja dan sentiasa terdengar apabila teringatkan cikgu saya dahulu. Terima kasih dan jasamu tidak terhingga bagi kami cikgu kerana, tanpa cikgu semua tidak menjadi apa-apalah kami ini, saya pagi murid tingkatan 5A 1998 mengucapkan jutaan terima kasih dan Selamat Hari Guru kepada cikgu saya dahulu iaitu, cikgu Rozali Omar, Cg Rozali Sulong,Cg Ismail, Cg Dayang, Cg Azahar dan isteri, Cg Abdullah, Cg Tazul, Cg Samad, Cg Wira, Cg See, Cg Rapheal, Cg Yahya, Cg Nazri, Cg Nazri, Cg Faridah, Cg Ballak dan banyak lagi cikgu saya dulu yang tidak sempat disenaraikan disini. Tidak lupa juga kepada bekas Pengetua kami Cg Marcus Hugo Matu Lejau, beliau sangat tegas dan banyak membuat pembaharuan dan pembangunan untuk sekolah kami sehinggakan prestasi akedemik naik mendadak.


SELAMAT HARI GURU 2009

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Friday, May 15, 2009

Malam Perpisahan dengan Pengetua PPKKS

Berbaju hitam sebelah kiri adalah pengetua, Encik Zamri Mohamad, menerima cenderamata daripada Timbalan Pengetua, En. Halim. Menggunakan songkok berbaju hijau, adalah Ustaz Bilal yang juga berpindah naik pangkat ke Pusat Pemulihan di Serendah, tahniah Bilal.


Malam tadi kami mengadakan majlis Malam Perpisahan dengan pengetua kami En Zamri Mohamad di Dewan Wawasan PPKKS Selangor. Beliau telah berkhidmat selama setahun sebulan di PPKS. Belum puas lagi berkhidmat bersama beliau, beliau telah pun diambil balik ke jawatan lama beliau sebelum ini sebagai Pegawai Menteri di Kementerian Pem. Wanita,Keluarga dan Masyarakat. Beliau adalah pengetua yang banyak membawa perubahan kepada PPKKS khasnya bagi kemajuan pembangunan PPKKS, Pentadbiran, Disiplin serta mewujudkan suatu hubungan Kekeluargaan diantara Pelatih dan Staff amnya. Beliau juga banyak berjasa kepada kakitangan serta pelatih dibawah beliau. Walaupun mempunyai watak yang tegas, namun beliau juga seorang yang memahami masalah dan keperluan bawahannya. Saya mengucapkan Jutaan terima kasih kepada En Zamri ke atas jasa beliau dan mohon maaf jika ada tersilap laku dan tidak memuaskan, perpindahan beliau sememangnya sangat dirasai oleh kami dan tiada gantinya. Terima kasih atas segalanya. Semoga Tuan terus maju di dalam perkhidmatan di tempat yang baru.

"Berkat Berjasa"

Terima kasih