CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Friday, May 15, 2009

Malam Perpisahan dengan Pengetua PPKKS

Berbaju hitam sebelah kiri adalah pengetua, Encik Zamri Mohamad, menerima cenderamata daripada Timbalan Pengetua, En. Halim. Menggunakan songkok berbaju hijau, adalah Ustaz Bilal yang juga berpindah naik pangkat ke Pusat Pemulihan di Serendah, tahniah Bilal.


Malam tadi kami mengadakan majlis Malam Perpisahan dengan pengetua kami En Zamri Mohamad di Dewan Wawasan PPKKS Selangor. Beliau telah berkhidmat selama setahun sebulan di PPKS. Belum puas lagi berkhidmat bersama beliau, beliau telah pun diambil balik ke jawatan lama beliau sebelum ini sebagai Pegawai Menteri di Kementerian Pem. Wanita,Keluarga dan Masyarakat. Beliau adalah pengetua yang banyak membawa perubahan kepada PPKKS khasnya bagi kemajuan pembangunan PPKKS, Pentadbiran, Disiplin serta mewujudkan suatu hubungan Kekeluargaan diantara Pelatih dan Staff amnya. Beliau juga banyak berjasa kepada kakitangan serta pelatih dibawah beliau. Walaupun mempunyai watak yang tegas, namun beliau juga seorang yang memahami masalah dan keperluan bawahannya. Saya mengucapkan Jutaan terima kasih kepada En Zamri ke atas jasa beliau dan mohon maaf jika ada tersilap laku dan tidak memuaskan, perpindahan beliau sememangnya sangat dirasai oleh kami dan tiada gantinya. Terima kasih atas segalanya. Semoga Tuan terus maju di dalam perkhidmatan di tempat yang baru.

"Berkat Berjasa"

Terima kasih

0 comments: