CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Saturday, May 9, 2009

Happy Mothers Day


Diatas ini adalah emak saya (berbaju kuning) bersama adiknya (untie) sempena Hari Krismas tahun lepas 2008 di kampung, gambar dikirim oleh adik saya. Selamat Hari Indai kepada keduanya. GBU

Hai, saya ingin merakamkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya yang sekarang ni kat kampung, Terima kasih kepada mak saya kerana membersarkan saya sehingga saya menjadi insan yg berguna sehingga hari ini, segala perit, susah, derita suka dan kegembiraan ibu saya membesarkan saya adalah lebih berharga dengan apa ada pada diriku sekarang, kerana tanpa ibu siapa lah saya ni. Walaupun dalam serba kekurangan kesusahan dalam membesarkan kami beradik, ibu tak pernah kenal putus asa untuk membesar dan mendidik kami. Masa aku bersama ibu sangat kurang bersama kerana selalu berjauhan, dari zaman bersekolah, kerana tinggal di asrama, lepas tu melanjutkan pelajaran dan sampai sekarang aku bekerja jauh, namun ibu ku tetap didalam doa dan hati ku. Jasa mu tak kan dapat terbalas oleh ibu, Selamat Hari Indai, indai. Dan maaf serta mohon ampun kerana mungkin banyak aku menyusahkan ibu. Dan selamat Hari Ibu Kepada Isteri tercinta, malam tadi saya telah pun menelefon mereka. Saya doakan kesihatan ibu saya terus sihat dan juga isteri saya yang sarat mengandung, Tuhan memberkati mama dan baby, sebulan lagi menjadi ibu lah dia dan saya become papa. Di kesempatan ini juga saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada kekawan saya yang sekarang ni dah berpangkat ibu, kepada untie saya, kepada semua ibu-ibu di dunia ini, kepada ibu-ibu tunggal dan kepada emak kepada ibu-ibu kalian. Selamat Hari Ibu, God Bless u all.

2 comments:

Ivy Metaga said...

selamat hari ibu untk ibu dan isteri tercinta...

wahhh..bakal jadi ayah nih...

tahniah utk awak..:)

McM said...

haha, yaya...makasih ivy