CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Wednesday, June 10, 2009

i wanna see my baby huuh...

Halo gemoning, setelah menghitung hari yang cukup lama buat ku yang sangat teruja nak memangku baby ku, aku pun bertindak seribu daya untuk balik lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan dan tarikh yang tertera di dalam tiket ku. Tiket yang kami dapat tu adalah "tiket percuma" ataupun waran yang diberikan Jabatan kami, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Memang satu kelebihan jika Sabahan, Sarawakian yang bekerja di Semenanjung akan dibiayai oleh jabatan masing-masing untuk mendapat waran ini setahun sekali iaitu tiket return yang dituntut dari Malaysian Airline System (MAS). Waran tersebut juga akan merangkumi seluruh keluarga yang ada bersama penerima waran tersebut jika keluarga penerima waran ada bersama-sama di Semenanjung, tidak mengira berapa orangpun. Tapi saya sorang jer. So, tiket saya sebelum ni adalah 20 Jun untuk balik ke Miri, ianya sangat lama untuk ditunggu, tak senang duduk, lagipun saya automatically cuti setelah baby saya dilahirkan, dan cuti tidak dapat dibawa ke belakang, kalau tidak, cuti saya akan burn, so sia-sia la saya cuti kalau tidak balik kan. Saya cuba menghubungi ibu pejabat JKM Negeri Selangor, namun bgitu CC dan Org yg menguruskan tiket tersebut cuti plak....so tunggu plak esok..keesokan hari nya aku kol lagi ke ibupejabat, mereka plak meeting seharian....So, baru saya ingat saya belum.....and I PRAY....then..aku dapat panggilan dari kawan aku dari Melaka, Nirwan, dia cadangkan aku utk kol MAS utk menukar tiket tu, so 1.13pm aku kol lah setelah lama mencari nombor tel MAS di internet. Dengan tidak disangka-disangka aku aku menelefon mereka tepat pada waktunya kerana 24 jam sebelum berangkat adalah syaratnya untuk menukar tiket, pada 8 mlm...penuh...5pm...penuh...3pm...penuh...1.15pm.....ada kosong...ha..."Nasib baik awak kol sebelum 1.15pm, kerana 24 jam, ngam-ngam 1.15 ada kosong, kalau tak esok lagi baru ada kosong" kata org tu. Praise The Lord! saya dapat satu tempat kosong pukul 1.15pm hari ni...so hari ni saya landing di Miri see my Lovely Baby n Wife. Pray for my perjalanan. GBU all.

0 comments: