Aku dengan Khalis dengan gaya poyo masing-masing sambil memandang beruk yang sedang beraksi di pokok sambil mengenyitkan mata kepada kami, perasan betul beruk tu...mentang-mentang kami hensem, terus nak di tekel oleh beruk itu , kurang asam betul beruk itu..
Semalam 26 hb hari Khamis, sehari suntuk rombongan kami yang dibahagikan kepada dua buah bas melawat ke Perak dengan destinasi yang berbeza. Kami melawat dua tempat iaitu ke RKK Kuala Kangsar dibawah seliaan JKM dan RKK Taiping selian NGO dan kumpulan satu lagi lawatan ke RSK di tempat lain. Setelah selesai lawatan tersebut kami ke Zoo Taiping. Tapi malangnya bagi kami kerana tidak cukup masa, so kami tidak berkesempatan masuk, namun ada juga member yang muingkin bersifat mementingkan diri, mereka tetap ingkar arahan bahawa masa tinggal setengah jam lagi untuk bertolak balik. Namun mereka terus beratur (beratur sahaja hampir 15 minit) membeli tiket masuk yg berharga RM12.00 tidak termasuk charge kamera yang dibawa. Kami terpaksa menunggu mereka yang masuk kesitu selama 45 minit lebih untuk bertolak.
1 comments:
yang mana satu beruk...sebelah kiri ke sebelah kanan...heheheh..
Post a Comment