Aku dengan Khalis dengan gaya poyo masing-masing sambil memandang beruk yang sedang beraksi di pokok sambil mengenyitkan mata kepada kami, perasan betul beruk tu...mentang-mentang kami hensem, terus nak di tekel oleh beruk itu , kurang asam betul beruk itu..Thursday, March 26, 2009
Lawatan ke Negeri Perak dan Zoo Taiping
Aku dengan Khalis dengan gaya poyo masing-masing sambil memandang beruk yang sedang beraksi di pokok sambil mengenyitkan mata kepada kami, perasan betul beruk tu...mentang-mentang kami hensem, terus nak di tekel oleh beruk itu , kurang asam betul beruk itu..Posted by McM at 10:36 PM 1 comments
Lawatan ke SPRM di Putrajaya
ini Zabidi Jambu, kononnya dia tu gergasi yang dapat mengangkat bangunan Putrajaya tu lah... time ambik gambar ini dia malu-malu pulak aku suruh buat gaya tu, tu yang tak berapa menjadi tu..
Posted by McM at 10:21 PM 1 comments
Wednesday, March 25, 2009
My Life in my world
Ini pekerja aku, dia sebagai pereka grafik dan penyiaran/broadcasting aku, rajin mamat ni kerja, aku nak naikan gaji dia bulan depan.Saje nak poskan ni sebagai kenangan jer tak der nak cerita benda lain la..
Posted by McM at 4:54 AM 0 comments
Labels: My Memory Labs
Monday, March 23, 2009
Kita menang lagi Perlawanan Vollyball
Posted by McM at 8:38 AM 1 comments
Pesta gol Liverpool berterusan
Skuad bimbingan Rafa Benitez itu nyata menenggelamkan langsung tentangan lawan untuk kini memiliki 64 mata selepas 30 perlawanan. United, dengan 65 mata, bagaimanapun masih punya baki satu perlawanan tambahan.
Posted by McM at 5:47 AM 0 comments
Labels: Sport Sukan
Sunday, March 22, 2009
Welcome to my pren
Posted by McM at 12:33 AM 0 comments
Labels: Welcome to my pren
Friday, March 20, 2009
Kami Menang
Kanan: Abang Kus sedang hendak melompat melakukan strike beliau setelah bola diumpan oleh Shahril, strike ini telah masuk membuatkan mata akhir iaitu 14-10.
Kami telah bermain terlebih dahulu untuk proses pemanasan badan melawan team kami yang lain yang sudah sedia ada. kelihatan mereka menggunakan "shower cap" kerana cuaca hujan renyai-renyai, begitu semangatnya kami dalam perlawanan ini.Posted by McM at 8:55 PM 0 comments
MU dan Liverpool bekerjasama
Member lain pula sedang sibuk nak berpossing untuk meraikan kemenangan dan si Khalis sedang menahan kesakitan dialaminya, namun semuanya berpuas hati dapat menewaskan pasukan pilihan JKM Wilayah.Posted by McM at 8:04 PM 0 comments
Labels: Sport Sukan
Tuesday, March 17, 2009
MAKUSHAKASHITAD
Posted by McM at 4:08 AM 0 comments
Monday, March 16, 2009
Lepak ke Lowyat KL
Daripada duduk memboring jer kat tempat kursus, kami pun berpeleseran ke shoping kompleks, tapi bukannya shoping pun....hanya nak release tension jer. Sewaktu balik dari Lowyat, kami berjalan kaki meredah hujan menuju ke Stesen LRT Hang Tuah. Dengan baju basahnya dan kuyupnya, kecuali si Adli yang kalis hujan ketika itu, kami menaiki LRT balik dengan.
Posted by McM at 2:32 AM 0 comments
Saturday, March 14, 2009
Udang Sungai Suai
Udang galah ni di beli kat Suai di jual oleh penduduk rumah panjang kat situ dan juga dijual kepada tauke cina yang membeli dan menjual udang, kedai nya terletak di bawah jambatan Sungai Suai.
Ini Sup Udang yang aku nikmati kat bintulu, percaya tak, bihun sup udang ini harganya rm13.00 semangkuk. Restoran Riverview Bintulu, tapi memang sedap hu..
Kat bawah jambatan inilah kedai Cina ini terletak dimana dia membeli udang dari penduduk dan menjual udang tersebut. kelihatan bot penduduk yang menjuial udang kepadanya.Posted by McM at 10:03 PM 0 comments
Labels: Food 'N Drink, Menu
Monday, March 9, 2009
So Sad Day
Aku kuburkan Yellow Peace dan rakan-rakannya di batas pokok terung aku semoga mayat mereka memberi sumbangan sebagai baja.
Rakan Yellow Peace turut terkorban kerana kandungan amonia berlebihan di dalam akuarium sejak air tidak ditukar selama 3 minggu.Hari ini baru aku perasan bahawa 3 ekor lagi ikan aku hilang, patutlah ikan aku yang lain semacam keadaan takut jer, dari tadi mereka pandang aku, aku pun syak sesuatu, aku ingat mungkin ada bencana kerana ikan ada naluri mengesan bencana. Aku rasa tak sedap hati tambahan 3 ekor lagi tidak kelihatan. aku pun selukkan tangan aku ke dalam akuarium aku, aku angkat batu-batu didalam sungguh terkejut aku melihat ikan kesayangan aku dan ikan yang paling besar aku pelihara sejak ia kecil lagi dan ianya sangat cumil "Yellow Peace" namanya aku gelarkan, didapati ianya tidak bernyawa lagi. Keadaannya mati sungguh menyanyat hati kerana dia mati tersepit batu di dalam akuarium tersebut. kasihan saya melihatnya. selepas itu aku mengangkat batu yang berlubang khas untuk ikan aku bersembunyi, didapati 2 ekor lagi ikan aku yang mati, telah lama mati kerana badan mereka telah busuk.
Aku kuburkan mereka di dalam batas aku depan rumah.
Posted by McM at 2:10 AM 2 comments
Labels: My Pets
Sunday, March 8, 2009
Pekan Serendah
Pada hujung minggu ramai pengunjung datang untuk berkelah di Air Terjun Templer Kai ini. Sebelum masuk ke tempat ini anda akan melalui kampung Orang Asli yang ada disitu.Untuk ke air terjun Templer Kai adalah menggunakan Jalan Ipoh Lama menuju ke Kuala Kubu, Simpang masuk ke Air Terjun ini adalah 1 km dari Pekan Serendah dan masuk ke simpang mengambil masa tidak sampai 10 minit menggunakan kereta dan melalui kampung Orang Asli sebelum sampai ke Air Terjun tersebut.
Posted by McM at 3:33 AM 0 comments
Labels: (my PIC), Photography






























