CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Thursday, May 14, 2009

Aku masih Trauma, kami eksiden tadi

Serendah- 14.05.2009: huuu...aku masih trauma dan terasa lemah lutut lagi ni, tadi baru saje mengalami kemalangan di depan PPKKS tempat aku bertugas pd pukul 2.30pm tadi, tidak disangka kami baru balik lunch telah dilanggar dengan teruk di bahagian belakang kereta, berita seterusnya sila ke :
http://wildfox-mansamenoa.blogspot.com/

Wednesday, May 13, 2009

Haha..apa sudah jadi

Berita hari ini dengan jayanya metro menghasilkan Superimpose si Ronaldo dah join Real..I wish it become real...haha...

Inilah pemain yg kuat merajuk dan pandai berlakon atas padang,kasi rehat sikit (keluar padang) sudah merajuk macam budak kecik lagi, mementang dia star...macam best sangat...pigi lah....hahaha saya suke...Next Season LIVERPOOL akan terus di rangking teratas...sayonara MU, Welcome to Anfield Tevez...haha

Tuesday, May 12, 2009

Mouse Baru aku

Ha, ini lah mouse yang baru aku beli tadi, beli kat kedai yg sama time aku beli mouse wireless hr tu. Harganya rm25.00, tapi aku tawar-menawar jadi rm20.00. Ok tak kaler, ader cam kaler kebajikan ker hehe, cabel putih tu. sedap juga aku pakai, smooth dan laju gak la. ok la tak la aku pinjam mouse kawan aku lagi. aku tak biasa la pakai touch pad tu.

Nasi Ayam Trafik Light Sg Choh

Hari ni sangat panas la...kalau berendam kat air terjun best ni, tapi kita difahamkan bahawa air terjun selalu tempat kitaorg lepak tu pun dah kering berikutan tiada hujan beberapa minggu ni. tadi makan kat kedai Nasi Ayam Trafik Light Sg Choh Rawang(boleh tahan jgak la), wah, sangat panas, aku oder satu air sirap limau dan air/ais kosong pun sekejap jer kena sedut dah abis, sampai kat rumah aku lantak lagi satu botol air dalam ice box, baru puas hati.

Sunday, May 10, 2009

Sofa pemberian kawan aku

Inilah sofa yang aku maksudkan tu, yang aku ambil kat rumah kawan aku tu, dia bagi...bukan aku main ambik jer ok...

haha...ni cube teka kaki siape? abis semua barang diangkut dari rumah kawan aku termasuk la sandal isteri beliau ni haha..nakal toi

hhaha, ini adalah sofa yang aku angkut ke rumah aku dri rumah kawan aku yang pindah tempoh hari, sebonarnya sofa ni ada satu set, single siting, double siting dan triple. yang double sit ni aku ambil, yang single kawn jiran aku sebelah ambil dan triple sit kawan aku satu lagi ambil. kire bagi le hehe. Kwn aku jiran sebelah tu abis tikar getah di angkut dan menjadikan rumah doran nampak ceria koz kaler tikar tu matching ngan kaler dinding rumah. haha kira berjimat la skit tak yah nak beli-beli lagi la kan. so kat sini aku umumkam ucapan terima kasih kepada kawn kite tu iaitu Bilal kerana bermurah hati dan semoga terus mantap tempat bertugas yang baru.

Saturday, May 9, 2009

Happy Mothers Day


Diatas ini adalah emak saya (berbaju kuning) bersama adiknya (untie) sempena Hari Krismas tahun lepas 2008 di kampung, gambar dikirim oleh adik saya. Selamat Hari Indai kepada keduanya. GBU

Hai, saya ingin merakamkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya yang sekarang ni kat kampung, Terima kasih kepada mak saya kerana membersarkan saya sehingga saya menjadi insan yg berguna sehingga hari ini, segala perit, susah, derita suka dan kegembiraan ibu saya membesarkan saya adalah lebih berharga dengan apa ada pada diriku sekarang, kerana tanpa ibu siapa lah saya ni. Walaupun dalam serba kekurangan kesusahan dalam membesarkan kami beradik, ibu tak pernah kenal putus asa untuk membesar dan mendidik kami. Masa aku bersama ibu sangat kurang bersama kerana selalu berjauhan, dari zaman bersekolah, kerana tinggal di asrama, lepas tu melanjutkan pelajaran dan sampai sekarang aku bekerja jauh, namun ibu ku tetap didalam doa dan hati ku. Jasa mu tak kan dapat terbalas oleh ibu, Selamat Hari Indai, indai. Dan maaf serta mohon ampun kerana mungkin banyak aku menyusahkan ibu. Dan selamat Hari Ibu Kepada Isteri tercinta, malam tadi saya telah pun menelefon mereka. Saya doakan kesihatan ibu saya terus sihat dan juga isteri saya yang sarat mengandung, Tuhan memberkati mama dan baby, sebulan lagi menjadi ibu lah dia dan saya become papa. Di kesempatan ini juga saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada kekawan saya yang sekarang ni dah berpangkat ibu, kepada untie saya, kepada semua ibu-ibu di dunia ini, kepada ibu-ibu tunggal dan kepada emak kepada ibu-ibu kalian. Selamat Hari Ibu, God Bless u all.

Friday, May 8, 2009

Mahal,Tiada Kualiti


Ini adalah mouse yang aku beli kat rawang, mouse adalah jenis wireless, dan harganya mahal iaitu RM49.90. Sampai seminggu aku beli baterinya habis, then aku nak tukar, sekali casing batry dia tak dapat cabut dan terpaksa menggunakan test pen, dan mengalami mnasalah nak padam, so aku g kedai tersebut, dia tukar balik coz ada waranty lagi. Dalam masa sebulan aku pakai, ianya rosak dan tak detect wireless dan casing bateri yg tu lagi tak dapat cabut, dan patah lalu aku ape lg, terus patahkan mouse tersebut, tak puas hati, kita beli memahal, tapi kualiti macam hampeh. made in china, biasa lah, sekarang ni made in china pun mahal tau, semua sekarang ni negara kita import brg dr china semua dan dijual dgn harga seperti harga original, hati-hati la beli brg sekarang, kalau nak murah, beli jer yg china, kalau nak mahal jgn terpedaya dgn brangan china, no kualiti, tapi serupa ori.

Thursday, May 7, 2009

ABC Penawar Dahaga

Tadi kita ronda-ronda kat area Kepong untuk ambik Wira yg kawan aku nak angkat, sangat panas cuaca hari ni, macam hampir terbakar seluruh badan. seharian buat urusan ambik kereta tu, sampai di rawang kami lepak kat Mama Seafood di Rawang dan menikmati ABC....sedap siot..aku rekomen korang yg kat rawang, datanglah kat sini jika korang rase dahaga time tengahari dan nikmatilah ABC kat sini.

Inilah kereta member aku tu, si Kimi dan Aweh sedang membelek kereta tersebut, dah puas hati apelagi angkat le..boleh la aku pinjam keta nanti hehehhe..

Wednesday, May 6, 2009

Nasi Goreng Kampung jer....

Aku makan nasi goreng kampung jer mlm ni,aku minta yang pedas tambah cili, berpoluh aku menikmatinyer... Kena budjet skit ler...ngan minum air kosong 2 gelas jer. semuanyer RM3.50. ok le tu, drp makan magie kan..

Tuesday, April 28, 2009

Graduate Kursus Kerja Sosial ISM

Bila nak jumpe lagi reramai macam ni yerk???...Welldone Friends! we're the best!

Keceriaan terpancar di wajah masing-masing dengan segulung sijil hehe..

Yahoooooo......kami selesai menjalani kursus selama 3 bulan

Peserta wanita bergambar kenangan bersama tawa dan air mata, suka dan duka telah ditempuhi sepanjang kursus ini.

Kumpulan Makhusakhasitad dan AJK Video bergambar kenangan bersama Penyelaras Kursus En zain, En Desa dan En Zaini.

Khusyuk mendengar ucapan penutup Ketua Pengarah


Tidak terasa, tamat waktu kursus selama 3 bulan ini, terasa nak dibekukan masa itu.. walaupun pada awalnya agak memboringkan. Namun, setelah sebulan pertama berlalu, kami peserta merasakan supaya kursus ini diteruskan lebih lama lagi, ini kerana wujudnya silaturahim diantara kami dan persefahaman dan perkongsian pendapat sama ada dalam karier dan pribadi. Sifat dan kelakuan kekawan pun sudah dikenali dan mudah diterima dan juga kami semua sangat akrab bagaikan saudara sendiri bahkan seperti bekerja sepejabat. Dan, jika ada kesilapan dan tersalah atau terlepas kelakuan dan tutur kata, di ruangan ini saya ambil kesempatan mohon keampunan. Selama kursus ini kami banyak mendapat ilmu berkaitan Kerja Sosial. Terima kasih JKM dan ISM terutama Dato Pengarah JKM dan Pengarah ISM, En Desa, En Zain dan semua kakitangan yang menjayakan kursus ini, ianya amat bermanfaat buat kami. Akhir sekali, buat kekawan yang bertemu jodoh sepanjang kursus ini, saya ucapkan selamat berbahagia dan menjalinkan hubungan sampai ke jinjang pelamin dan saya doakan semoga bahagia......adios...

Monday, April 13, 2009

Terima Kasih PKMD Seremban

Sewaktu Pameran dan Hari bersama Pelanggan sewaktu menyampaikan bantuan kepada penerima bantuan yang disampaikan Setiausaha Dun di Dataran Ampangan. dari kiri : aku, Faiz, Niza dan Amri (berdiri)

Sebelum orang ramai datang, ambil kesempatan untuk bergambar.

Lawatan Setiausaha DUN ke pameran kami


Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan PKMD Seremban kerana penerimaan dan tunjuk ajar terhadap kami bertiga iaitu saya, kamaruszali dan Ashrul selama 2 minggu berkhusus di sana. Terutama sekali :

1. Pn. Faiza (Pegawai yang sporting, tetapi tegas)
2. En Puad (banyak mengajar saya)
3. En. Firdaus (Banyak memberi semangat)
4. Pn. Normah (Banyak membantu)
5. En. Hamdan
6. Cik Linda
7. En. Idham
8. En. Faizal
9. Pn. Siti
10. En. Zainal
11. En Tajuddin
12. Cik Jeha
13. Cik Wanie
14. Cik Zana
15. Pn. Noor
16. Pn Ros
16. Cik Niza (maaf saya rosakkan puncher u hari tu hehe)
17. Cik faiz (yg comel tetapi suara bising hehe)

dan banyak lagi nama-nama yang tak tersebut kat sini, Terima Kasih kepada kalian.

Kenangan Dulu

Aku ngan rakan sekelas di Poli JB dalam tahun 2001, bergambar kat pintu masuk ke Jabatan Rekabentuk
(I Miss u all)

Ini adalah gambar sewaktu baru selesai multimedia presentatiaon, belakang tu wayang kulit yang kami buat dengan kain cadar memember kat asarama, kami kebas utk buat wayang kulit haaha.. (gambar pada tahun 2001)

Ini adalah gabungan drp 3 Poli, PJB, PUO dan POLISAS kat Melaka dalam projek fotografi dan ilustrasi bertemakan "Back To The Past". (gambar 2001)

Ini adalah sedikit kenangan sewaktu kat PJB dulu (9 tahun yang dulu), best jgak time ni, rindu ngan kawan-kawan, ape crite u all sekarang yer, kalau terserempak ngan blog n gambar ni, please respon me k... (cuba teka, gambar aku kat mana kat ketiga-tiga gambar tu?)

Saturday, April 11, 2009

Makhusakhasitad Coming Soon


Ini adalah filem yang akan bakal kami keluarkan dan akan mula ditayangkan pada 24 April 2009..Nantikan aksi hebat Makushakhasitad

Ke Kpg Orang Asli

Masuk ke dalam kampung tersebut melalui jalan berbatu dan berturap hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta sahaja.

Kampung Orang Asli kat Kpg Sg Mahang ni terletak diatas bukit dan memerlukan tenaga yang cukup untuk sampai ke puncak.

Firdaus, abg Helmi, Noor dan Zana berhempaspulas mendaki jalan yang besudut 45' (darjah).

Inilah pemandangan dari atas perkampungan Orang Asli tersebut...sangat indah dan hijau...

Rumah Orang Asli



Pada Hari Jumaat 10 April 09, hari terakhir aku latihan praktikal di PKMD Seremban, kami telah membuat lawatan ke rumah Orang Asli untuk siasat taraf kehidupan Orang Asli yang meminta bantuan dari JKM. Kami pergi ke 3 buah kampung iaitu Kpg Gebok, Kpg Kedat dan Kpg Sg Mahang kesemuanya terletak di Puncak Milai. Pengelaman yang best adalah ke kampung Sg Mahang, kami terpaksa daki gunung dimana terletaknya pemohon bantuan JKM ini. Padamulanya Pajero yang kami gunakan tidak mampu naik keatas disebabkan jalan berselekoh tajam dan kecil menyukarkan pergerakan, so terpaksalah kami berjalanj kaki. Setelah basah baju, barulah kami sampai ke destinasi diaman ada 4 buah rumah yang kami lawati disitu.

Thursday, April 2, 2009

Praktikal Season

Welcome to Seremban Negori Sembilan

Inilah suasana depan PKMD Seremban, time ni adalah hari pertama mendaftarkan diri di sini. kekok jugak rasanyer..

Inilah Museum Seremban yang sekilas pandang melalui tingkap kereto jo...

Perhatiakan betol2 gambar ni, bersih longkang ni kan..biasanyo parit kat Pasar Raya mana-mana tempat gerenti kotor, Tahniah Seremban

Ini sungai apo? cuba korang teka?


Dah seminggu kami peserta Kursus Asas Kerja Sosial menjalani suasana praktikal ditempat yang telah ditetapkan oleh penyelaras kami. Banyaklah pengelaman yang kita perolehi, yang baru dan memantapkan lagi skill kerja masing-masing. Tinggal seminggu lagi, tak sabar nak habis......