Masuk ke dalam kampung tersebut melalui jalan berbatu dan berturap hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta sahaja.
Kampung Orang Asli kat Kpg Sg Mahang ni terletak diatas bukit dan memerlukan tenaga yang cukup untuk sampai ke puncak.
Rumah Orang Asli
Pada Hari Jumaat 10 April 09, hari terakhir aku latihan praktikal di PKMD Seremban, kami telah membuat lawatan ke rumah Orang Asli untuk siasat taraf kehidupan Orang Asli yang meminta bantuan dari JKM. Kami pergi ke 3 buah kampung iaitu Kpg Gebok, Kpg Kedat dan Kpg Sg Mahang kesemuanya terletak di Puncak Milai. Pengelaman yang best adalah ke kampung Sg Mahang, kami terpaksa daki gunung dimana terletaknya pemohon bantuan JKM ini. Padamulanya Pajero yang kami gunakan tidak mampu naik keatas disebabkan jalan berselekoh tajam dan kecil menyukarkan pergerakan, so terpaksalah kami berjalanj kaki. Setelah basah baju, barulah kami sampai ke destinasi diaman ada 4 buah rumah yang kami lawati disitu.
0 comments:
Post a Comment