CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Wednesday, June 10, 2009

i wanna see my baby huuh...

Halo gemoning, setelah menghitung hari yang cukup lama buat ku yang sangat teruja nak memangku baby ku, aku pun bertindak seribu daya untuk balik lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan dan tarikh yang tertera di dalam tiket ku. Tiket yang kami dapat tu adalah "tiket percuma" ataupun waran yang diberikan Jabatan kami, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Memang satu kelebihan jika Sabahan, Sarawakian yang bekerja di Semenanjung akan dibiayai oleh jabatan masing-masing untuk mendapat waran ini setahun sekali iaitu tiket return yang dituntut dari Malaysian Airline System (MAS). Waran tersebut juga akan merangkumi seluruh keluarga yang ada bersama penerima waran tersebut jika keluarga penerima waran ada bersama-sama di Semenanjung, tidak mengira berapa orangpun. Tapi saya sorang jer. So, tiket saya sebelum ni adalah 20 Jun untuk balik ke Miri, ianya sangat lama untuk ditunggu, tak senang duduk, lagipun saya automatically cuti setelah baby saya dilahirkan, dan cuti tidak dapat dibawa ke belakang, kalau tidak, cuti saya akan burn, so sia-sia la saya cuti kalau tidak balik kan. Saya cuba menghubungi ibu pejabat JKM Negeri Selangor, namun bgitu CC dan Org yg menguruskan tiket tersebut cuti plak....so tunggu plak esok..keesokan hari nya aku kol lagi ke ibupejabat, mereka plak meeting seharian....So, baru saya ingat saya belum.....and I PRAY....then..aku dapat panggilan dari kawan aku dari Melaka, Nirwan, dia cadangkan aku utk kol MAS utk menukar tiket tu, so 1.13pm aku kol lah setelah lama mencari nombor tel MAS di internet. Dengan tidak disangka-disangka aku aku menelefon mereka tepat pada waktunya kerana 24 jam sebelum berangkat adalah syaratnya untuk menukar tiket, pada 8 mlm...penuh...5pm...penuh...3pm...penuh...1.15pm.....ada kosong...ha..."Nasib baik awak kol sebelum 1.15pm, kerana 24 jam, ngam-ngam 1.15 ada kosong, kalau tak esok lagi baru ada kosong" kata org tu. Praise The Lord! saya dapat satu tempat kosong pukul 1.15pm hari ni...so hari ni saya landing di Miri see my Lovely Baby n Wife. Pray for my perjalanan. GBU all.

Tuesday, June 9, 2009

Testing-testing

Ada lagi gambar di mcmrindspix.blogspot.com

Semalam adalah hari pertama aku mengeksploitasikan D60 aku, hari pertama terus ada outing/picnic kat Air Terjun Kalompang di Kalompang Resort di Hulu Selangor. Gambar kurang menarik, koz masih study lagi pakai DSLR. Banyak gambar yang diambil tetapi kesemuanya melibatkan kanak-kanak di bawah akta dan gambar mereka tidak dibenarkan di publishkan dimana-mana media, kebanyakan shoot menarik juga tetapi sayang tdk banyak yang dikongsikan.

Monday, June 8, 2009

09.06.09 adalah tarikh berkat buatku dan isteri..

Praise the Lord! itu sahajalah yang mampu terjerit dan terungkap di hatiku, hari yang sangat dinantikan dan sangat mendebarkan bagi seorang suami kerana akan menjadi seorang AYAH!. Dan itulah yang saya alami pada awal pagi ini. Sembilan bulan penantian yang mendebarkan dan begitu membuatkan aku dan mama sangat teruja menanti kehadirannya yang telah tiba saatnya pada pukul 03.00am tanggal 09.06.09. Malam semalam telah menunjukkan tanda-tanda awal kelahiran telah tiba, dan mama pun telah dikejarkan hospital Miri oleh kakak dan mak mertuaku. Puji Tuhan kerana mama melahirkan baby secara normal dan tiada banyak karenah, semua kerana AnugerahNya. Tahniah buat diriku dan mama kerana kami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dengan sempurna dan cute boy dengan beratnya 2.4 kg. Tapi sayang sekali saya tidak berada berdekatan dengan mama saat mama melahirkan baby.....saya salah haribulan untuk balik ke Sarawak. Emmm....Gambar baby???? Nantikanlah posting seterusnya gambar HERO kami yang cute hehehe...

Finally...saya pilih D60

Setelah menimbangkan pendapat kekawan yang berpengalaman dan otai2 semua mengenai apa yang patut aku pilih sama ada Nikon D90 dan D60, jadi aku memilih D60 untuk menjadi milikku. Memang tidak disangkal bahawa D5000 dan D90 adalah sangat lebih baik, namun aku nekad untuk memilih D60, bukan kerana kelebihannya, tetapi kerana pendiriannya yang lebih murah drp D5000 dan D90. So, sebagai beginner macam aku ni sesuai la D60 untuk aku, bukan nak ambik gambar orang kawin pon...nak suka2 jer, memang hobi aku dari dulu. dulu aku pakai F60, Nikon Film huuhu...pas tu sblm ni aku pakai Canon Ixus 70, yang kompak dan kualiti gambarnya memang chantek walaupun kecil, so now, Canon Ixus aku tetap menjadi kamera poket aku. Sebelum ni memang aku menginginkan DSLR, keinginan aku memang nak angkat D80,tetapi tiada di pasaran lagi, so dapat miliki D60 ni pun aku cukup bersyukurlah....ok, aku nak study ngan D60 aku jap ni..tq kekawan yg bg pendapat dan cadangan k.

Thursday, June 4, 2009

Alien sudah lama di bumi ni

Selalunya saintis dan pengkaji sangat rajin untuk mencari dan menyelidiki kehidupan makhluk asing di dunia luar atau di angkasa lepas, Tetapi Alien ni telah lama menduduki dunia iaitu selama manusia menduduki bumi ini. Ianya berada di sebelah kita, dihalaman rumah kita, di bawah telapak kaki kita, di taman bunga kita dan di kebun sayur kita, disitulah mereka. Mereka sangat kecil dan kadangkala menggelikan dengan bentuk dan wajahnya yang pelbagai rupa dan warna. Berjuta spiesis jika dikaji, kecil sahaja, beberapa sentimeter sahaja.....hahaha...itulah alien.


















Tuesday, June 2, 2009

Jerebu di Hulu Selangor

Asap daripada pembakaran terbuka di Serendah Selangor
Pemandangan yg biasanya indah dari sini (dri Rawang ke Sg Choh menuju Serendah) yg dapat melihat Genting Higland semalam dipenuhi jerebu.
Pemandangan dari tingkap saya yang jerebu, sekali pandang ianya umpama embun menyeliputi gunung kerana biasanya memang seperti itu.
Pemandangan daripada asrama kanak-kanak, jerebu menyeliputi sinaran matahari.


Pada 2 hari yang lepas, jerebu menyeliputi Daerah Hulu Selangor termasuk sekali daerah Gombak. Jerebu dipercayai daripada banyak pembakaran terbuka yang dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab. Jerebu tersebut sangat mengganggu pemandangan dan mencemari udara dengan bebrbau asap sehingga ke malam. Diharap pihak yang bertanggungjawab dapat memantau dan mengambil tindakan.