CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Thursday, May 21, 2009

Perbezaan harga barangan di Semenanjung dan Sabah dikaji

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang membuat kajian serta mencari jalan penyelesaian berhubung perbezaan harga barangan antara Semenanjung dan Sabah, melalui perbincangan dengan kementerian berkaitan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kos pengangkutan adalah antara punca masalah itu dan beliau telah mengarahkan pegawai kementerian mengkaji perbezaan harga barangan di Sabah berbanding di Semenanjung.

"Kita akan menyenaraikan barang-barang dan kaji punca, buat cadangan ke kementerian berkenaan dan bawa untuk dibincang di Kabinet. Lepas itu lihat reaksi dari kementerian lain," katanya apabila ditanya sama ada perbincangan ada dibuat antara kementeriannya dan Kementerian Pengangkutan.

Ismail Sabri ditemui pemberita selepas merasmikan Koperasi Bela Rakyat peringkat Sabah di sini, hari ini.


Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan memperluaskan senarai barang bagi tujuan penyelarasan harga supaya tidak tertakluk kepada barangan kawalan sahaja.


P/S: Saya sangat berharap isu ini di selesaikan dengan kebijaksanaan tuan-tuan yang bertanggungjawab, agar dapat sama-sama menikmati pembangunan negara dengan sama-rata. Malah bukan itu sahaja, saya juga berharap agar di Sarawak dan Sabah juga menikmati kemudahan infrastruktur yang sama seperti di Semenanjung. Ini kerana jika tidak kerana Sabah dan Sarawak, Kerajaan Pusat mungkin jatuh ke tangan Kerajaan Pembangkang.

Cetak artikel | Hantar pada kaw

2 comments:

HeLL69 said...

jauh beza harga barang pok... sik boh bandingkan harga barang d semenanjung memang jauh lebih murah.. aku di mukah tok pun dah berapi harga barang... mund banding dengan tempat asal aku sarikei... harap kerajaan BUAT pemantauan secara adil jgn ada rasuah.. ada penguatkuasa nak cek kedey, dah ada org dalam yg madah ngan taukey " saya orang mahu cek kedai d tempat kamu, so harga mahal kasih tukar".. gerenti ayat ya ada keluar wpun sik 100% sama tone sebutannya... betul sik?

MCM said...

nang ya bro....harga mahal kat swak nang ada korupsi bah, mun hal transpot ajak sik la mahal glak ya. semua KORUPSI.....nang sik patut..harap2 pihak berkuasa dapat memantau dengan seadilnya hal tok....