CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Tuesday, April 28, 2009

Graduate Kursus Kerja Sosial ISM

Bila nak jumpe lagi reramai macam ni yerk???...Welldone Friends! we're the best!

Keceriaan terpancar di wajah masing-masing dengan segulung sijil hehe..

Yahoooooo......kami selesai menjalani kursus selama 3 bulan

Peserta wanita bergambar kenangan bersama tawa dan air mata, suka dan duka telah ditempuhi sepanjang kursus ini.

Kumpulan Makhusakhasitad dan AJK Video bergambar kenangan bersama Penyelaras Kursus En zain, En Desa dan En Zaini.

Khusyuk mendengar ucapan penutup Ketua Pengarah


Tidak terasa, tamat waktu kursus selama 3 bulan ini, terasa nak dibekukan masa itu.. walaupun pada awalnya agak memboringkan. Namun, setelah sebulan pertama berlalu, kami peserta merasakan supaya kursus ini diteruskan lebih lama lagi, ini kerana wujudnya silaturahim diantara kami dan persefahaman dan perkongsian pendapat sama ada dalam karier dan pribadi. Sifat dan kelakuan kekawan pun sudah dikenali dan mudah diterima dan juga kami semua sangat akrab bagaikan saudara sendiri bahkan seperti bekerja sepejabat. Dan, jika ada kesilapan dan tersalah atau terlepas kelakuan dan tutur kata, di ruangan ini saya ambil kesempatan mohon keampunan. Selama kursus ini kami banyak mendapat ilmu berkaitan Kerja Sosial. Terima kasih JKM dan ISM terutama Dato Pengarah JKM dan Pengarah ISM, En Desa, En Zain dan semua kakitangan yang menjayakan kursus ini, ianya amat bermanfaat buat kami. Akhir sekali, buat kekawan yang bertemu jodoh sepanjang kursus ini, saya ucapkan selamat berbahagia dan menjalinkan hubungan sampai ke jinjang pelamin dan saya doakan semoga bahagia......adios...

Monday, April 13, 2009

Terima Kasih PKMD Seremban

Sewaktu Pameran dan Hari bersama Pelanggan sewaktu menyampaikan bantuan kepada penerima bantuan yang disampaikan Setiausaha Dun di Dataran Ampangan. dari kiri : aku, Faiz, Niza dan Amri (berdiri)

Sebelum orang ramai datang, ambil kesempatan untuk bergambar.

Lawatan Setiausaha DUN ke pameran kami


Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan PKMD Seremban kerana penerimaan dan tunjuk ajar terhadap kami bertiga iaitu saya, kamaruszali dan Ashrul selama 2 minggu berkhusus di sana. Terutama sekali :

1. Pn. Faiza (Pegawai yang sporting, tetapi tegas)
2. En Puad (banyak mengajar saya)
3. En. Firdaus (Banyak memberi semangat)
4. Pn. Normah (Banyak membantu)
5. En. Hamdan
6. Cik Linda
7. En. Idham
8. En. Faizal
9. Pn. Siti
10. En. Zainal
11. En Tajuddin
12. Cik Jeha
13. Cik Wanie
14. Cik Zana
15. Pn. Noor
16. Pn Ros
16. Cik Niza (maaf saya rosakkan puncher u hari tu hehe)
17. Cik faiz (yg comel tetapi suara bising hehe)

dan banyak lagi nama-nama yang tak tersebut kat sini, Terima Kasih kepada kalian.

Kenangan Dulu

Aku ngan rakan sekelas di Poli JB dalam tahun 2001, bergambar kat pintu masuk ke Jabatan Rekabentuk
(I Miss u all)

Ini adalah gambar sewaktu baru selesai multimedia presentatiaon, belakang tu wayang kulit yang kami buat dengan kain cadar memember kat asarama, kami kebas utk buat wayang kulit haaha.. (gambar pada tahun 2001)

Ini adalah gabungan drp 3 Poli, PJB, PUO dan POLISAS kat Melaka dalam projek fotografi dan ilustrasi bertemakan "Back To The Past". (gambar 2001)

Ini adalah sedikit kenangan sewaktu kat PJB dulu (9 tahun yang dulu), best jgak time ni, rindu ngan kawan-kawan, ape crite u all sekarang yer, kalau terserempak ngan blog n gambar ni, please respon me k... (cuba teka, gambar aku kat mana kat ketiga-tiga gambar tu?)

Saturday, April 11, 2009

Makhusakhasitad Coming Soon


Ini adalah filem yang akan bakal kami keluarkan dan akan mula ditayangkan pada 24 April 2009..Nantikan aksi hebat Makushakhasitad

Ke Kpg Orang Asli

Masuk ke dalam kampung tersebut melalui jalan berbatu dan berturap hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta sahaja.

Kampung Orang Asli kat Kpg Sg Mahang ni terletak diatas bukit dan memerlukan tenaga yang cukup untuk sampai ke puncak.

Firdaus, abg Helmi, Noor dan Zana berhempaspulas mendaki jalan yang besudut 45' (darjah).

Inilah pemandangan dari atas perkampungan Orang Asli tersebut...sangat indah dan hijau...

Rumah Orang Asli



Pada Hari Jumaat 10 April 09, hari terakhir aku latihan praktikal di PKMD Seremban, kami telah membuat lawatan ke rumah Orang Asli untuk siasat taraf kehidupan Orang Asli yang meminta bantuan dari JKM. Kami pergi ke 3 buah kampung iaitu Kpg Gebok, Kpg Kedat dan Kpg Sg Mahang kesemuanya terletak di Puncak Milai. Pengelaman yang best adalah ke kampung Sg Mahang, kami terpaksa daki gunung dimana terletaknya pemohon bantuan JKM ini. Padamulanya Pajero yang kami gunakan tidak mampu naik keatas disebabkan jalan berselekoh tajam dan kecil menyukarkan pergerakan, so terpaksalah kami berjalanj kaki. Setelah basah baju, barulah kami sampai ke destinasi diaman ada 4 buah rumah yang kami lawati disitu.

Thursday, April 2, 2009

Praktikal Season

Welcome to Seremban Negori Sembilan

Inilah suasana depan PKMD Seremban, time ni adalah hari pertama mendaftarkan diri di sini. kekok jugak rasanyer..

Inilah Museum Seremban yang sekilas pandang melalui tingkap kereto jo...

Perhatiakan betol2 gambar ni, bersih longkang ni kan..biasanyo parit kat Pasar Raya mana-mana tempat gerenti kotor, Tahniah Seremban

Ini sungai apo? cuba korang teka?


Dah seminggu kami peserta Kursus Asas Kerja Sosial menjalani suasana praktikal ditempat yang telah ditetapkan oleh penyelaras kami. Banyaklah pengelaman yang kita perolehi, yang baru dan memantapkan lagi skill kerja masing-masing. Tinggal seminggu lagi, tak sabar nak habis......