CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Thursday, December 18, 2008

Where i am

(quotation from my tagged)
http://www.tagged.com/mcmrinds

Em....

sometime memang boring jugak berada di bumi Malaya ni, setiap detik teringat Bumi Kenyalang tahah tumpah darah ku dan disitulah beradanya tulang rusukku. Ya, siapa tak rindukan isterikan, tapi apakan daya terikat dengan kerjaya yang memisahkan kami dengan lautan cina selatan. But, God tell me, be patient... kamu akan berada bersama dalam masa yang terdekat. Mungkin Tuhan punya rencana menyebabkan kami berada berjauhan begini. Saya percaya dan sangat akur padaNya, Semua keranaNya dan semua dariNya.

Sudah setahun saya menjawat jawatan awam yang murni ini dan menjadi salah satu kewajipan yang Tuhan katakan, iaitu kasihi dan peliharalah kebajikan anak-anak yatim, balu (ibu tunggal), orang miskin dan orang yang tidak berupaya. Saya ditugaskan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat di bawah Kebajikan Masyarakat dan ditugaskan menjaga Kanak-kanak yang terbiar dan tidak ada ibu bapa.

Memang banyak juga pengelaman bekerja menjaga kanak-kanak disini, mereka tergolong daripada kanak-kanak yang diabaikan dan diambil kerajaan untuk diberi jagaan oleh JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Kesemua kanak-kanak yang yang dimasukan disini adalah dibawah Perintah Mahkamah Akta Kanak-kanak 2001 Seksyen 30(1)(d) iaitu diberi Jagaan dan Perlindungan di Tempat Selamat. Kesemua kanak-kanak disini berumur 18 tahun kebawah iaitu 12 tahun. Bercampur campur umur mereka, ada yang kecil dan besar, agak susah dikawal kerana perbezaan umur dan karenah.

So, tidak hairanlah selama saya bekerja disini diatas kenakalan dan karenah yang di luar jangkaan perangai kanak-kanak disini, kerana mereka tidak ada kasih sayang dari orang tua yang sepatutnya bersama mereka siang dan malam dengan belaian kasih sayang dan moraliti yang diterapkan ke dalam jiwa mereka. Selain menjaga kebajikan dan keperluan mereka, kasih sayang dan didikkan kepada mereka adalah sangat terhad bagi kami yang bekerja menjaga mereka 24 jam mengikut sift, so, saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar kanak-kanak disini akan terjamin masa depan mereka.....so just pray...